Healthy breakfast: Pumpkin Soup Recipe / Resepi Sup Labu Ala Barat untuk Sarapan Sihat

Assalamualaikum semua,
Hari ini saya ingin berkongsi resepi baru untuk anda semua yang merupakan antara cadangan healthy breakfast. Teringin nak makan sup labu atau pumpkin soup tak untuk sarapan? Pumpkin soup recipe ini saya ubah suai mengikut selera saya yang tak berapa suka sup yang pekat sangat. Sup kali ni sangat ringan untuk di makan walaupun pada waktu malam.

Bahan-bahan:
1) 1 Kg labu yang masak
2) 190 ml Krim memasak (cooking cream)
3) Minyak masak (saya guna virgin olive oil)
4) 2 labu bawang besar (hiris)
5) 1 kiub pati ayam dicairkan di dalam 1500ml air panas
6) Serbuk lada hitam

Cara-cara:
1) Panaskan 4 sudu besar minyak dalam periuk dan tumis bawang sehingga lembut. Jangan sampai bertukar warna ya, kalau tidak nanti warna sup anda akan berubah.
2) Masukkan labu yang telah dipotong kecil. Masak selama 8-10 minit sehingga warna menjadi kuning keemasan dan sedikit lembut.
3) Tuangkan larutan kiub ayam dan biarkan mendidih. Kemudian reneh sup tersebut selama 10 minit.
4) Masukkan krim memasak dan biarkan mendidih. Tutup api dan masukkan garam dan sedikit serbuk lada hitam mengikut cita rasa anda.
5) Blend sup tersebut sehingga sebati. Saya guna hand blender jadi boleh blend terus dalam periuk. Tapi jika tidak ada, anda boleh guna blender yang biasa cuma harus tunggu sehigga sup sejuk sedikit.
6) Sedia dihidangkan begitu sahaja atau disertakan bersama roti bakar untuk sarapan. Elok dimakan ketika panas dan ianya boleh disimpan lama dalam freezer.
Selamat mencuba Pumpkin soup ini ;)